new database!

Posted in articles with tags on February 15, 2010 by rottenrebels

mulai sekarang rotten rebels akan berubah ke:
http://rottenrebels.blogspot.com/
minta maaf kepada semua..

Senandung Pawer-Kord

Posted in stuff on September 15, 2009 by rottenrebels

Tracks
1. T.I.M – Dia (Sheila Majid)
2. Carbon 4 Teen – Gadis Ayu (Black Dog Bone)
3. Toxictoy – Antara Cinta dan Kasih (Aishah)
4. 679 – Chow Kitt Road (Sudirman)
5. Half-Asleep – Sinaran (Sheila Majid)
6. Skunkfix – Masih Aku Terasa (Gersang)
7. Killing Steward – Basikal Tua (Sudirman)
8. The Liberals – Penganggur (Sudirman)
9. Soul Savior – Khabar Buat Ibu (Alleycats)
10. Stick No Bill – Hanya Di Radio (Headwind)
11. Cock Say Cock Dung – Suratan Takdir (Gersang)
12. Sally Faerie – Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)
13. Always Last – Persamaan (Freedom)
14. Geng Gemok Keji – Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
15. Moda Moody – Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
16. Sleepyjeremy – Ayahku Dan Angkasawan (Kembara)
17. Dum Dum Tak – Rupa Tanpa Wajah (Kembara)

Price: RM12.00

Gamelanoink (review)

Posted in Band, review on July 16, 2009 by rottenrebels

GamelanOink are a street punk band from Bekasi, the Patriot City. They are influenced by bands like The Casualties and The Virus. They formed in 1998.

http://www.myspace.com/pcdrunkenpunx

Tookskull – Vocals
Reza – Guitars, Vocals
Boy – Lead Guitars, Vocals
Ocm – Bass, Vocals
Amoy – Drums

Discography
Together As One (v/a) 2001 Cherry Records
Our Own Way (e.p) 2002 Cherry Records
Patriot City Punk Rock (L/P) 2005 Toxic Noise Records
Together For Have Fun (v/a) 2006 Warjay Records
Total Fuckin’ Pogo (v/a) 2006 Stay Punk Records
Patriot City Punk Rock (L/P) 2006 Re-release Movement Records
Terakreditasi (v/a) 2007 Lovely Crew Music

The Needles (review)

Posted in Band on July 14, 2009 by rottenrebels

The Needles adalah sebuah band yang berasal daripada ampang dan dianggotai oleh 3 orang remaja yang amat meminati muzik punk. Dianggotai oleh: Adib : Vocal & Bassist, Aqil : Guitarist dan Nuar : Drummer.  Ditubuhkan pada lewat tahun 2007.  Bermelodikan Old-School-Punk-Rock-n-Roll bercampur dengan sedikit Horror. Influens: The Misfits, The Ramones dan Sex Pistols.

Discography:

1st EP The Needles (2008)

Tracklist :-
1. She’ll Die On Halloween
2. Emma
3. Rock n’ Roll My Soul

2nd EP – Nobody Rules Anybody (2008)

Tracklist :-
1. Nobody Rules Anybody
2. Rock n’ Roll My Soul
3. White Lie
4. She’ll Die On Halloween
5. Phineas’ Skull
6. Come On Baby, Come Back To Me
7. Emma

theneedles.blogspot.com

www.myspace.com/theneedles08

DestrucTV

Posted in review on April 16, 2009 by rottenrebels

Dengan kerjasama diantara Rotten Rebels Rare-chords dan Nervhous rechords maka lahirlah .DestrucTV adalah sebuah zine bercorak baru, dimana kami membentuk sebuah zine ke dalam format video. Mungkin ini adalah pelik kepada sesebuah organisasi diy, tetapi kami tetap cuba membuat video zine ini dalam ciri-ciri diy. Nama DestrucTV diambil dalam gabungan DESTRUCTIVE dan TV. DestrucTV cuba memperkenalkan band-band diy kepada umum yang belum mengenali mereka melalui video ini.

Segala cadangan dan komen anda amat kami hargai.
hubungi kami di:
destructv@gmail.com
DestrucTV Facebook
DestrucTV Blogspot

Dum Dum Tak – Hentikan Penindasan OUT NOW!

Posted in stuff on January 22, 2009 by rottenrebels

ddt

Aku jumpa nizang kelmarin lepak-lepak di Al-Fariz kelana jaya. Sememangnya aku menunggu rilisan ini keluar.. dan kemudiannya aku lantas membeli daripada beliau. Sambil borak-borak kosong dimeja sehingga timbunan gelas sudah memenuhi meja kami beredar hampir lewat malam.

Bagi aku harga still berpatutan cd ini berpatutan dengan harga RM10, berkualiti Pro DIY. Dari segi layout dan sound memang terbaik. Mengandungi 13 track kesemuanya. Berkonsepkan Pelempang Hardcore Punk aku rasa cd ini wajib dimiliki kepada mereka yang bergelar punk serta seluruh masyarakat amnya. Apa yang ditulis didalam lirik adalah amat menarik kerana ianya sememangnya realiti dan berlaku disekitar kita.

Track favourite aku:

1.Demokrasi tanpa ISA

2.Punk Dah Mati

3.Hentikan Penindasan

4.Merdekahkah Kita

5.Nyanyi Budaya Pembebasan

track yang lain pun menarik jugak. tapi aku lebih berselera dengan track diatas. Telah berulang-ulang kali mendengar rilisan ini, nyata tidak menjemukan.

Contact:

KUALA LUMPUR
+Nervhous Records, 49 Jalan Rahim Kajai, Taman Tun Dr Ismail, (017-9639316)
+ Ricecooker Shop, Annexe Central Market, KL (03-20312203)
+ Tools & Trade, Campbell Complex, KL (017-3771608))

MELAKA
+Bebal Distro (0126541053)

Tak Perlu Aku Tau

Posted in articles on April 22, 2008 by rottenrebels

Tak Perlu Aku Tau

Tak perlu aku ambil tahu dari mana asalnya bermula asal usul punk, dari Amerika atau pun England tapi Punk merupakan sub-budaya yang lahir di London, England. Pada awalnya, kelompok punk selalu diganggu oleh golongan skinhead. Namun, sejak tahun 1980-an, dimana punk mula berkembang di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerana mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga bererti dari sejenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun 1970-an. Punk juga bererti ideologi hidup yang merangkumi semua aspek sosial dan politik.
Punk memboikot pihak berkuasa dengan caranya tersendiri, melalui lagu-lagu dengan muzik dan lirik yang sederhana namun terkadang kasar, beat yang cepat dan bertenaga.
Banyak yang menyalah tafsirkan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di England pernah terjadi wabak penggunaan gam untuk mengganti beer yang tak mampu dibeli oleh mereka untuk berkhayal. Banyak pula yang merosakkan erti punk kerana banyak antara mereka yang berkeliaran di jalanan dan melakukan berbagai tindakan jenayah.
Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ,liberty spike, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, berkasut boots, rantai dan spike, jaket kulit, berseluar jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum pemberontak dan jenayah dari kelas rendah, pemabuk berbahaya dll. Sehingga ramai yang ingat bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punkers.
Punk juga merupakan sebuah gerakan anak muda yang anti kapitalis berlandaskan dari ideologi “do it yourself”. Penilaian punk dalam melihat suatu masalah dapat dilihat melalui lirik-lirik lagunya yang bercerita tentang masalah politik, lingkungan hidup, ekonomi, ideologi, sosial dan bahkan masalah agama.

Punk Itu Cara Berfikir

Posted in articles on April 22, 2008 by rottenrebels

Punk adalah pemikiran
Banyak pepatah yang mengatakan “buatlah sesuatu dengan berfikir sebelum bertindak”.. begitu juga dengan gaya hidup sebagai seorang punks. Ramai yang diantara kita yang menganggap bahawa gaya hidup sebagai punk hanyalah untuk memprotes dan sekarar berfesyen sahaja. Bagi aku itu tak penting.. bagaimana korang nak memprotes sesuatu jika korang sendiri masih lagi cetek ilmu didada dan ingin menyerang dengan gaya koboi tanpa berfikir dahulu. Cornfirm korang akan kalah dan senang-senang sahaja dipijak balik.
Ilmu itu adalah senjata terbaik untuk kita melawan seseorang daripada bergaduh dan hanya memprotes. Apa yang korang dapat kalau hanya tau melawan dengan cara bergaduh ? kalau menang korang rasa suka tapi kalau kalah korang akan merasa ingin balas balik dan korang rasa sakit. Tapi jika korang melawan dengan ilmu apa yg korang dapat? Kalau menang korang akan dapat membuka masyarakat tetntang apa yang cuba korang perjuangkan dan jika kalah korang akan tetap mahu membalas balik tapi dengan cara yang lebih baik sekurang-kurang nya badan pun tak sakit untuk terus berjuang.
Pemikiran memainkan peranan yang penting untuk kita terus melalui kehidupan kita sebagai manusia. Jadilah seorang punk yang mampu untuk berfikiran jauh, sekurang-kurangnya ia dapat membantu diri kita sendiri dengan lebih baik. Setelah berfikir maka barulah lahirnya tindakan dimana iayna akan melakukan apa yang telah kita rancang dan fikirkan.
Buatlah pemikiran yang positif untuk scene kita dan diri kita sendiri. Jika tiada diantara diantara kita yang berilmu maka senang-senanglah kita dikalahkan dan di jatuhkan.

Aku Suka DIY

Posted in articles on April 22, 2008 by rottenrebels

Aku suka d.i.y
Apa itu diy? semua orang mesti dah tau, ianya adalah singkatan kepada “DO IT YOURSELF!” atau pun “melakukan dengan sendiri”.hurmm.. bagi aku penggunaan diy dalam hidup aku adalah amat bermakna.. kerana ianya memberikan aku kepuasan yang teramat sangat walaupun ianya tak secantik mana atau tak menarik mata memandang bagi orang lain,. biarlah apa orang nak kata bagi aku sesuatu hasil dari titik peluh aku sendiri membuatkan aku sentiasa puas.
Bukan bermakna barang yang terpakai tidak boleh digunakan semula, sesuatu bahan terpakai itu menjadi menarik apabila kekreatifan dipergunakan, mula-mula memang lah tak seindah mana, tapi apabila kita sendiri sentiasa memikir untuk menjadikan sesuatu hasil yang menarik maka ianya akan menjadi sesuatu yang menarik dimata kita. Biarlah orang lain kata tak lawa ke apa ker, yang penting bagi kita ianya lawa dan kita sendiri puas.
Kepositifan penggunaan DIY didalam hidup aku amat bermakna, sekurang-kurang nya aku masih boleh melakukan dengan sendiri tanpa mengharap daripada bantuan pihak kapitalis, dan membuat aku sentiasa memikir untuk menjadikan seusuatu itu menarik dan kreatif.. dan lebih menarik sekurang-kurang nya aku tak memerlukan modal atau wang yang banyak untuk menghasilkan sesuatu bahan ..Gunakanlah Diy ini sebaiknya, kerana ianya menarik!
Last words.. AKU SUKA DIY!!

Review Gig Tribute To Nirvana

Posted in gig review with tags on April 22, 2008 by rottenrebels

10 Februari 2007
Paul’s Place / Giggers artcentre stage Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Band List:
Trilogi Bima Sakti
Sourtury
Limited Garden
Chromes
Madhouse
Moody of Minds
Battlegrounds
Out Of Tune
Miura
The Fridays
Julie Loves Rolls

Pada 10hb Februari 2007 bersamaan hari Sabtu, Musik Kita Production telah menganjurkan sebuah gig tribute untuk Nirvana di Pau’ls Place Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Dalam pukul 11.00pagi pihak kami telah tiba disana bersama dengan band Out Of Tune dari Johor Baharu. Sementara menunggu tuan punya tempat kami menjamu selera di kedai mamak berhampiran sambil membincang schedule gig tersebut.
Gig tersebut bermula agak lewat disebabkan beberapa faktor yang tidak sepatutnya timbul. Faktor pertama ialah disebabkan tuan punya tempat iaitu Paul, dia tiba dipremis berkenaan pada jam 2.30 petang. Faktor kedua ialah band-band datang lewat, dan ia menyukarkan pihak kami untuk menguruskan slot-slot band yang bermain dan Faktor ketiga ialah ada ada beberapa band yang soundcheck begitu terlalu lama dan tidak mahu bertoleransi dengan pihak penganjur.
Gig bermula pada Jam 4.15petang dimana band Trilogi Bima Sakti membuka tirai gig tersebut. Band ini sebenarnya menggantikan sebuah band yang tidak dapat hadir iaitu “Side Circle”. Walaupun band ini nampak baru tetapi tahniah diucapkan kepada enam anak muda ini kerana mereka nampak lebih bersedia dan membuat persembahan yang agak mantap walaupun mereka hanya sekadar band pembuka tirai. Band ini yang bercirikan muzik ala-ala screamo, tetapi mereka berjaya membuatkan penonton-penonton mara kehadapan. Mereka lebih bersedia , walaupun menyampaikan hanya tiga buah lagu mereka sendiri, mereka membuat pentas seperti mereka punya jadi ini membuatkan band ini nampak lebih istimewa dengan lightning sendiri semasa diatas pentas, dengan menggunakan sampler dalam muzik mereka, dan entah macam mana pada lagu kedua tiba-tiba lambakan kertas yang dipotong-potong kecil mewarnai persembahan mereka sebagai salah satu gimik.Tahniah buat Trilogi Bima Sakti sekali lagi.
Band kedua mengambil tempat iaitu Sourtury empat jejaka tampan yang berasal dari Pandan Indah ,Kuala Lumpur ini memang tidak mengecewakan kerana “showmanship” nya yang agak bagus dan lagu-lagu mereka yang agak bertenaga. Mereka memanggil penonton-penonton yang pada mulanya lesu dan hanya duduk supaya berseronok bersama-sama mereka. Penonton agak spotting dan kelihatan mereka mula berdansa di hadapan pentas. Dari segi persiapan band ini boleh dikatakan bagus kerana boleh dikatakan mereka telah bersiap sedia beraksi untuk gig ini. Gabungan muzik seperti grunge , rock dan metal mewarnai muzik mereka dengan lebih berinfluencekan band-band seperti Sound Garden,Smashing,Radiohead dan Black Sabbath. Kelihatan lebih muzik mereka lebih kepada 80’s, tetapi ianya menarik.
Setelah Sourtury selesai beraksi, empat anak muda yang menggayakakan muzik mereka sebagai garage grunge iaitu Limited Garden mengambil alih pentas. Mereka ini berasal dari Seattlewangsa (Setiawangsa), agak menarik semasa band ini beraksi. Aku rasa tidak jemu semasa mereka memperdengarkan lagu sendiri yang boleh dikatakan agak kemas , dan aku cuba hayati lirik yang cuba disampaikan oleh mereka, hurmm.. boleh tahan ,seperti Butterfinggers pun ada cuma kalau boleh pada persembahan akan datang cuba perkemaskan sound , kelihatan lead guitar agak tenggelam.Kerenah mereka diatas pentas membuatkan aku tersengih, kerana iqbal (voc&lead) membuat mimik muka yang agak lucu semasa menyanyi, mungkin itu adalah attitude istimewa band ini.
Chromes naik ke atas pentas mengambil alih posisi Limited Garden untuk meneruskan persembahan gig pada hari itu. Sebelum mereka memulakan persembahan mereka juga seperti Sourtury memanggil penonton supaya kehadapan. (agaknya penonton malaysia ni pemalu kot kena berjemput barulah nak kedepan). Keseluruhan persembahan Chromes boleh dianggap bagus tapi kedengaran bunyi bass yang agak kuat menenggelamkan bunyi gitar dan drum. 4 anak muda yang kacak ini berasal daripada Masjid Tanah Melaka dengan gaya muzik grunge rock memang menghiburkan suasana.
Setelah Chromes menghabiskan persembahan, sebuah lagi band grunge dari Melaka iaitu Madhouse mengambil tempat. Persembahan Madhouse pada kali ini agak memberangsangkan kerana setiap kali habis bermain lagu mereka tune balik gitar dan bass, ini membuatkan ada penonton merasa jemu. Tapi keseluruhannya persembahan mereka masih lagi tetap bertenaga.
Moody of Minds tak payahlah diperkenalkan kepada golongan pemuzik grunge ni ,mereka semua berasal dari Melaka. Persembahan mereka pada kali ini boleh dikatakan bagus, sound yang agak baik. Aku tak dapat mengulas lebih lanjut band ini disebabkan aku ke tingkat bawah untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku.
Setelah sahaja Moody Of Minds menamatkan persembahan Battlegrounds pula mengambil alih pentas. Band yang berasal dari segamat ini khabarnya kini telah mempunyai bassist tetap, tetapi drummer jer yang masih menggunakan sessionist. Walaupun menggunakan sessionist , persembahan battlegrounds jangan dipertikaikan. Persembahan mereka yang mantap diatas pentas , kedengaran pulak penonton bersama sama menyanyi sambil berdansa dan slam dancing, gig tersebut terasa seperti hidup semula. Minta maaf kepada angah kerana pihak kami hanya membenarkan membawa 4 lagu sahaja kerana ada event lain yang dijadualkan berlangsung pada jam 9malam Walaubagaimanapun persembahan Angah dan Battlegrounds memang patut dipuji thumbs up buat korang.
Oklah seterusnya adalah band Out Of Tune yang berasal dari Johor Baharu. Salah seorang line up Out Of Tune ini adalah penganjur gig ini iaitu Saudara Toobat.Walaupun mereka masih baru tetapi pujian harus diberikan kerana mereka tidak banyak membuang masa diatas pentas untuk setting sound. 5 lagu sendiri mereka bawa dan kesemuanya boleh tahan untuk didengari. Tetapi vocal kengkadang tidak jelas mungkin disebabkan mic yang ada lebihan cas elektrik.
Band seterusnya pula berasal dari Perak iaitu Miura.Semasa mereka setting sound kelihatan mereka mempunyai masalah pada efek gitaris mereka yang tidak berfungsi. Dalam 10 minit mereka cuba perbaiki masalah tersebut tetapi tidak juga berjaya, mereka tetap meneruskan persembahan pada hari itu dengan sound yang agak janggal. Sebuah persembahan yang agak baik walaupun lead gitar kadang kadang kelihatan kekok dengan sound mereka.
The Fridays band dari Klang Valley pula menaiki pentas dengan memakai gaun, dan ada yang memakai kasut sebelah dan selipar sebelah. Acap selaku vokalis band ini sepatutnya dipuji kerana shomanship nya yang baik diatas pentas.Mereka hanya menyampaikan 3 lagu sahaja pada kali ini disebabkan masa yang terhad.
Band terakhir membuat persembahan pada hari itu ialah Julie Loves Rolls, band ini berasal dari manjung Perak, berkonsepkan Free Pop. 4jejaka dan seorang gadis mewarnai akhir persembahan malam itu. Walaupun ramai crowd yang telah pulang tetapi semangat mereka tinggi, dan ada diantara crowd meminta mereka membawa satu lagu lagi sebgai lagu terakhir. Tahniah buat Julie Loves Rolls.
Gig melabuhkan tirai pada jam 9.38 malam.

Kesimpulan: gig pada hari itu berakhir dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang berlaku, semuanya berjaya diatasi. Ada segelintir Band-band masih mencari-cari setting sound walaupun sudah sound check sebelum gig bermula. (tips: sepatutnya semasa sesi soundcheck, sila catit apa yang perlu untuk mengelakkan membuang masa semasa naik kepentas untuk membuat persembahan.) .Sounds sebenarnye tak lah teruk pon..Cuma ada band yang soundnyer tidak seimbang, humming yang melampau, mungkin perasaan nervous tu dah atasi tumpuan. benda macam selalu berlaku. Crowd yg masuk masih tak sedar apa yg tertulis pada cop .Ramai crowd tidak redeem air mineral yang disediakan. Penonton seperti malu-malu dengan hanya duduk sahaja dan hanya kedepan apabila band-band memanggil mereka.Band bermain tidak lebih dari 5 lagu termasuk lagu cover.

Crew:
Toobat-Organiser
Andax-m/c ,
Man,Joy-Tiket ,
Is,Nazir-Redeem air.

-andax-