Archive for the poems Category

i.s.a – ikut suka ati

Posted in poems on October 28, 2007 by rottenrebels

 

I.S.A

 

Depa boleh buat apa yang mereka suka

Jangan sesekali bertanya mengapa

Kita yang lemah di buli suka-suka

Oleh mereka yang mempunyai kuasa

 

Kenapa suara aku tidak boleh didengari?

Sedangkan Negara ni digelar demokrasi

Kami telah dijajah dinegara sendiri

Oleh kerajaan yang tak mempeduli

 

Mana boleh Tahanan tanpa dibicara

Anjing kerajaan ikut Telunjuk mereka

Rakyatnya pula yang hidup sengsara

Kemana hilangnya hak asasi manusia?

dunia pancaroba

Posted in poems on October 28, 2007 by rottenrebels

 

Dunia ini hanyalah lakonan semata

Umpama Lakon layar sebuah cerita

Propagandha yang porak peranda

Ada yang berjaya dan ada yang menderita

 

Erti kehidupan mengajar kita

Supaya kelakkan kita terus waspada

Ramai juga yang terus sengsara

Dan ramai juga berjaya kerana tamak haloba

 

Bila Kebencian dan Iri hati melanda

Semuanya tamakkan wang dan kuasa

Mereka saanggup berbunuh sesama

Kejahatan Tanpa mengenal siapa dan usia

 

Kenapa dunia ini di penuhi derita

Sedang ianya boleh diisi dengan gembira

Aku tidak boleh berbuat apa apa.

Kerna kini suaraku tiada lagi gunanya