Archive for the articles Category

new database!

Posted in articles with tags on February 15, 2010 by rottenrebels

mulai sekarang rotten rebels akan berubah ke:
http://rottenrebels.blogspot.com/
minta maaf kepada semua..

Tak Perlu Aku Tau

Posted in articles on April 22, 2008 by rottenrebels

Tak Perlu Aku Tau

Tak perlu aku ambil tahu dari mana asalnya bermula asal usul punk, dari Amerika atau pun England tapi Punk merupakan sub-budaya yang lahir di London, England. Pada awalnya, kelompok punk selalu diganggu oleh golongan skinhead. Namun, sejak tahun 1980-an, dimana punk mula berkembang di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerana mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga bererti dari sejenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun 1970-an. Punk juga bererti ideologi hidup yang merangkumi semua aspek sosial dan politik.
Punk memboikot pihak berkuasa dengan caranya tersendiri, melalui lagu-lagu dengan muzik dan lirik yang sederhana namun terkadang kasar, beat yang cepat dan bertenaga.
Banyak yang menyalah tafsirkan punk sebagai glue sniffer dan perusuh kerana di England pernah terjadi wabak penggunaan gam untuk mengganti beer yang tak mampu dibeli oleh mereka untuk berkhayal. Banyak pula yang merosakkan erti punk kerana banyak antara mereka yang berkeliaran di jalanan dan melakukan berbagai tindakan jenayah.
Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ,liberty spike, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, berkasut boots, rantai dan spike, jaket kulit, berseluar jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum pemberontak dan jenayah dari kelas rendah, pemabuk berbahaya dll. Sehingga ramai yang ingat bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punkers.
Punk juga merupakan sebuah gerakan anak muda yang anti kapitalis berlandaskan dari ideologi “do it yourself”. Penilaian punk dalam melihat suatu masalah dapat dilihat melalui lirik-lirik lagunya yang bercerita tentang masalah politik, lingkungan hidup, ekonomi, ideologi, sosial dan bahkan masalah agama.

Punk Itu Cara Berfikir

Posted in articles on April 22, 2008 by rottenrebels

Punk adalah pemikiran
Banyak pepatah yang mengatakan “buatlah sesuatu dengan berfikir sebelum bertindak”.. begitu juga dengan gaya hidup sebagai seorang punks. Ramai yang diantara kita yang menganggap bahawa gaya hidup sebagai punk hanyalah untuk memprotes dan sekarar berfesyen sahaja. Bagi aku itu tak penting.. bagaimana korang nak memprotes sesuatu jika korang sendiri masih lagi cetek ilmu didada dan ingin menyerang dengan gaya koboi tanpa berfikir dahulu. Cornfirm korang akan kalah dan senang-senang sahaja dipijak balik.
Ilmu itu adalah senjata terbaik untuk kita melawan seseorang daripada bergaduh dan hanya memprotes. Apa yang korang dapat kalau hanya tau melawan dengan cara bergaduh ? kalau menang korang rasa suka tapi kalau kalah korang akan merasa ingin balas balik dan korang rasa sakit. Tapi jika korang melawan dengan ilmu apa yg korang dapat? Kalau menang korang akan dapat membuka masyarakat tetntang apa yang cuba korang perjuangkan dan jika kalah korang akan tetap mahu membalas balik tapi dengan cara yang lebih baik sekurang-kurang nya badan pun tak sakit untuk terus berjuang.
Pemikiran memainkan peranan yang penting untuk kita terus melalui kehidupan kita sebagai manusia. Jadilah seorang punk yang mampu untuk berfikiran jauh, sekurang-kurangnya ia dapat membantu diri kita sendiri dengan lebih baik. Setelah berfikir maka barulah lahirnya tindakan dimana iayna akan melakukan apa yang telah kita rancang dan fikirkan.
Buatlah pemikiran yang positif untuk scene kita dan diri kita sendiri. Jika tiada diantara diantara kita yang berilmu maka senang-senanglah kita dikalahkan dan di jatuhkan.

Aku Suka DIY

Posted in articles on April 22, 2008 by rottenrebels

Aku suka d.i.y
Apa itu diy? semua orang mesti dah tau, ianya adalah singkatan kepada “DO IT YOURSELF!” atau pun “melakukan dengan sendiri”.hurmm.. bagi aku penggunaan diy dalam hidup aku adalah amat bermakna.. kerana ianya memberikan aku kepuasan yang teramat sangat walaupun ianya tak secantik mana atau tak menarik mata memandang bagi orang lain,. biarlah apa orang nak kata bagi aku sesuatu hasil dari titik peluh aku sendiri membuatkan aku sentiasa puas.
Bukan bermakna barang yang terpakai tidak boleh digunakan semula, sesuatu bahan terpakai itu menjadi menarik apabila kekreatifan dipergunakan, mula-mula memang lah tak seindah mana, tapi apabila kita sendiri sentiasa memikir untuk menjadikan sesuatu hasil yang menarik maka ianya akan menjadi sesuatu yang menarik dimata kita. Biarlah orang lain kata tak lawa ke apa ker, yang penting bagi kita ianya lawa dan kita sendiri puas.
Kepositifan penggunaan DIY didalam hidup aku amat bermakna, sekurang-kurang nya aku masih boleh melakukan dengan sendiri tanpa mengharap daripada bantuan pihak kapitalis, dan membuat aku sentiasa memikir untuk menjadikan seusuatu itu menarik dan kreatif.. dan lebih menarik sekurang-kurang nya aku tak memerlukan modal atau wang yang banyak untuk menghasilkan sesuatu bahan ..Gunakanlah Diy ini sebaiknya, kerana ianya menarik!
Last words.. AKU SUKA DIY!!

Muzik Punk bagi pendapat aku..

Posted in articles on October 6, 2007 by rottenrebels

 

Muzik punk adalah rock bukannya dari aliran alternative. Alternative lebih cenderung kepada gaya muzik yang “new age” ataupun yang lebih moden dan tidak menunjuk meaning didalam lirik mereka.

 

Pada awal muzik punk rock, ia berasal daari root rock dimana ianya memperjuangkan rock anti heroes (anti rockstar). Ia bermula pada sekitar awal 1970an di mana segelintir pemuzik rock tidak berminat dengan sesetengah band rock seperti queen, led zeppelin, acdc,dll.. dimana band band tersebut hanya mementingkan popularity semata mata (glam).. dan imej.. Dari sinilah pemuzik yang rebel mewujudkan lagu yang agak ringkas , bertenaga, berserta dengan lirik yang tersirat maksudnya.

 

Maka dari situlah lahirnya muzik punk rock pada pertengahan tahun 1970an (1976-1977).Tidak hairan lah leather jacket yang dipakai oleh punks pada harini adalah dari imej rock. Jika dilihat pada hari ini banyak muzik yang telah mengalami revolusi dan ianya membuatkan kita confuse seperti band blink182 dan greenday, dimana mereka mengatakan bahawa muzik mereka adalah punk rock. Tapi yang sebenarnya muzik mereka itu adalah lebih kepada pop. Sebenarnya lirik yang digunakan didalam punk lebih kepada kehidupan, isu semasa, cerita dsb (kalau diikutkan.. lirik yang biasa digunakan didalam muzik punk rock ini , ianya jarang dan takkan kluar radio mainstream).. ini membuatkan identity muzik punk rock tercalar dengan lahirnya band-band seperti ini.

 

Punk rock lahir dari rock bukannya dari pop ataupun alternative.!! Kenapa band pop – pop seperti ini perlu mengatakan mereka bermain muzik punk sedangkan lirik mereka tak punk langsung!! Pi la main ngan muzik pop korang tu tak payah sebok nak bertapak didalam muzik punk!! muzik pop kan agak market!! Haha! Blah la woi!! We’re never needed you asshole!

Mengapa mesti amerika?

Posted in articles on September 10, 2007 by rottenrebels

usa suck

Aduhai hari Khamis,
Aku mulai berfikir..
Kenapa mesti Amerika? Semuanya banyak datang dari Tanah yang bergelar Polis Dunia.
Dari sana aku banyak berfikir, dari sana juga aku menjadi pembenci dalam segala hal.
Kenapa jeans Levi’s dilahirkan di Amerika? Walau aku membenci Amerika tetapi aku masih mengikut budaya Amerika malah masih memakai jeans buatan Levi’s !

Kenapa mesti Bill Gates orang Amerika? Kenapa Michael Jordan mesti org Amerika? Kenapa Robert T Kiyosaki juga warga Amerika? Kenapa Colonel Sanders, Ray Crock, Sam Walton, Walt Disney.. kenapa nama² itu harus berasal dari sana?

Kenapa?

Lawan Tetap Lawan!!

Posted in articles on September 10, 2007 by rottenrebels

Bila sahaja Minyak naik alasanya untuk rakyat!! Sampai bila kita harus ditipu? Minyak Dunia dalam keadaan stabil dan tidak ada tanda tanda harga minyak dunia ini mengalami kenaikan luar biasa. Malah harganya jauh lebih rendah berbanding 3 bulan terakhir 2005. kepandaian pemimpin Umno menipu orang ramai terutama orang melayu yang tidak pernah menjengah apa apa berita turun naik harga komiditi dan saham sehinggakan mereka ditipu hidup hidup kononnya harga minyak dunia melambung tinggi.Malah kejadian serangan di Saudi baru baru ini digunakan sebagai drama baru bagi kerajaaan Paklah. Kalau beginilah sikap pemimpin Umno Hadhari masakan tidak bulan April tahun lalu Drama Seludup Diesel digunakan sebagai sebab kenaikan minyak sehinggakan sistem pengangkutan negara terhenti dek kerana minyak yang habis semua ini lakonan dan drama arahan paklah , Shafie Bedal dan mungkin menantunya. Kini kita dikejut kenaikan TERBESAR DALAM SEJARAH apabila kerajaan menaikkan RM0.30sen bagi setiap liter minyak, malah bekas Menteri kewangan tengku Ghazalie pun terkejut beruk dibuatnya Paklah. Alasannya kerajaan terbeban dengan subsidi.yang mana wang tersebut sepatutnya mengalir kepada rakyat, Benarkah? Sepanjang kenaikan harga minyak yang lalu apakah kita melihat ada tindakan drastik bagi membantu rakyat? Malah buku teks dan yuran persekolahan pada awal tahun inipun Kerajaaan masih belum mampu memberikan ianya percuma walaupun sudah 4 kali kenaikan minyak berlaku sejak paklah memerintah. Yang ada peruntukan RM 100juta lebih bagi pemberian kondom dan jarum percuma kepada penagih dadah dan seks. Bukannya memberikan buku teks dan yuran sekolah percuma kepada pelajar dan rakyat miskin. Belum lagi cerita bagaimana paklah menghabiskan duit untuk kempen batik, songket nukilan idea arwah isterinya itu sehingga kini diwarisi anaknya nori.belum dan yang terbaru kempen kraf. Malah kerajaan paklah ini memperuntukkan dahulu RM 40juta wang rakyat bagi membaiki tiang MRR2 yang retak dek kerana korupnya samy Vellu. Belum lagi dikira projek melibatkan syarikat Peransang anak syarikat kerajaan negeri selangor yang ditampung kerajaan lebih 80juta untuk pembaikan, kontraktor terlepas malah mereka kontraktor satu sen pun tak bagi. Akhirnya yang selamat dan selesa adalah Samy Vellu dia langsung tidak terjejas dengan rombakan kebinet terbaru. Malah dia umpama raja dalam MIC yang boleh menentukan siapa gerangan hulubalangnya. Malah orang lama dalam dinasti tun Mahathir hanyan samy Vellu yang tingggal.

Itu cerita Minyak!! Bagaimana dengan isi air.. mungkin pemimpin pembangkang terlalu emosi sehinggakan lupa menjadikan isu pembekalan air kepada Singapura sebagai modal dalam menyedarkan rakyat bagaimana pemimpin UMNO memberikan subsidi 50tahun air dengan harga 3SEN 1000 GELEN.. Malah kita hanya menyebut minyak minyak dan minyak. Kelihatan seperti orang naik minyak. Itu belum dikira bagaimana penindasan dibuat pemimpin Umno dalam isu air dalam negara. Tahukah kita purata rakyat singapura menggunakan air hak rakyat Malaysia adalah 202.73 JUTA GELEN SEHARI. Semuanya dengan harga 3sen 1000 gelen. Dan apa yang lebih bangangnya kerajaan UMNO ini dia beli balik air dengan harga 50sen bagi setiap 1000 gelen bagi penggunaan negari johor 32juta gelen sehari. Ini bermakna Kerajaan singapura dapat AIR MALAYSIA SECARA PERCUMA? Bayaran yang dibuat johor kepada singapura jauh lebih tinggi.Malah baik dan lembutnya Paklah Hadhari ini kepada singapura kita tolong pulak bina jambatan bagi rakyat dan kerajaan Singapura yang menelan belanja 400juta? Kalau nak tahu ini lah yang dikatakan wang subsidi untuk kepentingan rakyat.. benarlah kata kata Paklah itu tetapi untuk Rakyat Singapura!! Cuba sebut mana mana negara yang menjualkan air mereka dengan harga 3 Sen seribu gelen? Malah China yang sama rumpun dengan penduduk di Hongkongpun menjualkan airnya kepada Hongkong melebihi 5 dollar US. Kalau beginilah harga air yang dijual Malaysia kepada Singapura ia kini boleh dimasukkan dalam satu perkara ajaib didunia. Malah mana mana pemimpin dunia yang mendengarnya mungkin menganggap pemimpin Malaysia ini Gila!!

Yang ramai rakyat singapura atau rakyat Malaysia yang mahu menyeberang? Kalau rakyat singapura yang mahu kemari lantak merekalah nak bersesak sesak atau nak buat jambatan ,.Mengapa kerajaaan Malaysia yang sibuk nak buat jambatan bengkok tersebut.. ada pula kata kerana menjaga alam sekitar yang terdapat dalam salah satu rukun Islam hadhari cipataan ayah lah. Ayuh bangunlah rakyat Malaysia sedar atau tidak mungkinkah benar cerita mimpi Dr Harun Din 13tahun dulu tentang peta Malaysia dan singapura yang terbalik , apakah itu petanda Malaysia menjadi jajahan Singapura? Tak silap sudah 3 kali Paklah dan hulub balangnya bermain golf dengan pemimpin singapura kononnya membincangkan isu tertunggak. Namun satu isupun tidak nampak ada tanda penyelesaian. Malah menantunya Khairy pula menjadi tukang jual harta negara kepada singapura. Bukannya sikt harta negara yang dijual malah melibatkan syarikat GLC iaitu syarikat berkaitan Kerajaan. Bukan itu sahaja Syarikat yang telekomunkasi(Telekom) dan pembekalan kesihatan ubat(PANTAI) dan hospital kini kerajaan singapura yang memegang kepentingan. Kalau di Thailand rakyat turun beratus ribu orang bearak dan mendesak thaksin meletak jawatan bagi membantah penjualan saham syarikat Shin Corp milik keluarga perdana menteri itu. Itu cerita menjual harta peribadi pun rakyat Thailand sudah naik amuk? Di Malaysia menantu paklah dan Paklah sendiri sebagai Menteri Kewangan menjual Harta Negara!!! Apakah kita hanya mampu duduk diam dan mambisu sehingga tentera singapura mula bergerak masuk ke semenanjung untuk penjajahan seterusnya? Apakah peristiwa sebegini tidak pernah belaku di semenanjung gaza yang dibuat Yahudi kepada Palestin? Untuk ingatan Singapura satu satunya negara yang mempunyai hubungan diplomatic dan ketenteraan dengan negara Israel tersebut. Malah berita terbaru bagaimana satu syarikat Link Israel mendapat lessen 3G iaitu syarikat MITV menjadi penyebab kegagalan DIGI? Walaupun DIGI jauh lebih layak berbanding MITV untuk memiliki lesen tersebut?? Ini bermakna skita sudah masuk ke fasa ISRAEL menguasai telekomunukasi negara!!

Apa ditunggu lagi kalau rakyat Thailand mampu mengorak lanhkah berarak menentang penjajahan Singapura apakah kita tunggu lagi!! AyuhhK

Lawan tetap Lawan