Archive for the gig review Category

Review Gig Tribute To Nirvana

Posted in gig review with tags on April 22, 2008 by rottenrebels

10 Februari 2007
Paul’s Place / Giggers artcentre stage Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Band List:
Trilogi Bima Sakti
Sourtury
Limited Garden
Chromes
Madhouse
Moody of Minds
Battlegrounds
Out Of Tune
Miura
The Fridays
Julie Loves Rolls

Pada 10hb Februari 2007 bersamaan hari Sabtu, Musik Kita Production telah menganjurkan sebuah gig tribute untuk Nirvana di Pau’ls Place Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Dalam pukul 11.00pagi pihak kami telah tiba disana bersama dengan band Out Of Tune dari Johor Baharu. Sementara menunggu tuan punya tempat kami menjamu selera di kedai mamak berhampiran sambil membincang schedule gig tersebut.
Gig tersebut bermula agak lewat disebabkan beberapa faktor yang tidak sepatutnya timbul. Faktor pertama ialah disebabkan tuan punya tempat iaitu Paul, dia tiba dipremis berkenaan pada jam 2.30 petang. Faktor kedua ialah band-band datang lewat, dan ia menyukarkan pihak kami untuk menguruskan slot-slot band yang bermain dan Faktor ketiga ialah ada ada beberapa band yang soundcheck begitu terlalu lama dan tidak mahu bertoleransi dengan pihak penganjur.
Gig bermula pada Jam 4.15petang dimana band Trilogi Bima Sakti membuka tirai gig tersebut. Band ini sebenarnya menggantikan sebuah band yang tidak dapat hadir iaitu “Side Circle”. Walaupun band ini nampak baru tetapi tahniah diucapkan kepada enam anak muda ini kerana mereka nampak lebih bersedia dan membuat persembahan yang agak mantap walaupun mereka hanya sekadar band pembuka tirai. Band ini yang bercirikan muzik ala-ala screamo, tetapi mereka berjaya membuatkan penonton-penonton mara kehadapan. Mereka lebih bersedia , walaupun menyampaikan hanya tiga buah lagu mereka sendiri, mereka membuat pentas seperti mereka punya jadi ini membuatkan band ini nampak lebih istimewa dengan lightning sendiri semasa diatas pentas, dengan menggunakan sampler dalam muzik mereka, dan entah macam mana pada lagu kedua tiba-tiba lambakan kertas yang dipotong-potong kecil mewarnai persembahan mereka sebagai salah satu gimik.Tahniah buat Trilogi Bima Sakti sekali lagi.
Band kedua mengambil tempat iaitu Sourtury empat jejaka tampan yang berasal dari Pandan Indah ,Kuala Lumpur ini memang tidak mengecewakan kerana “showmanship” nya yang agak bagus dan lagu-lagu mereka yang agak bertenaga. Mereka memanggil penonton-penonton yang pada mulanya lesu dan hanya duduk supaya berseronok bersama-sama mereka. Penonton agak spotting dan kelihatan mereka mula berdansa di hadapan pentas. Dari segi persiapan band ini boleh dikatakan bagus kerana boleh dikatakan mereka telah bersiap sedia beraksi untuk gig ini. Gabungan muzik seperti grunge , rock dan metal mewarnai muzik mereka dengan lebih berinfluencekan band-band seperti Sound Garden,Smashing,Radiohead dan Black Sabbath. Kelihatan lebih muzik mereka lebih kepada 80’s, tetapi ianya menarik.
Setelah Sourtury selesai beraksi, empat anak muda yang menggayakakan muzik mereka sebagai garage grunge iaitu Limited Garden mengambil alih pentas. Mereka ini berasal dari Seattlewangsa (Setiawangsa), agak menarik semasa band ini beraksi. Aku rasa tidak jemu semasa mereka memperdengarkan lagu sendiri yang boleh dikatakan agak kemas , dan aku cuba hayati lirik yang cuba disampaikan oleh mereka, hurmm.. boleh tahan ,seperti Butterfinggers pun ada cuma kalau boleh pada persembahan akan datang cuba perkemaskan sound , kelihatan lead guitar agak tenggelam.Kerenah mereka diatas pentas membuatkan aku tersengih, kerana iqbal (voc&lead) membuat mimik muka yang agak lucu semasa menyanyi, mungkin itu adalah attitude istimewa band ini.
Chromes naik ke atas pentas mengambil alih posisi Limited Garden untuk meneruskan persembahan gig pada hari itu. Sebelum mereka memulakan persembahan mereka juga seperti Sourtury memanggil penonton supaya kehadapan. (agaknya penonton malaysia ni pemalu kot kena berjemput barulah nak kedepan). Keseluruhan persembahan Chromes boleh dianggap bagus tapi kedengaran bunyi bass yang agak kuat menenggelamkan bunyi gitar dan drum. 4 anak muda yang kacak ini berasal daripada Masjid Tanah Melaka dengan gaya muzik grunge rock memang menghiburkan suasana.
Setelah Chromes menghabiskan persembahan, sebuah lagi band grunge dari Melaka iaitu Madhouse mengambil tempat. Persembahan Madhouse pada kali ini agak memberangsangkan kerana setiap kali habis bermain lagu mereka tune balik gitar dan bass, ini membuatkan ada penonton merasa jemu. Tapi keseluruhannya persembahan mereka masih lagi tetap bertenaga.
Moody of Minds tak payahlah diperkenalkan kepada golongan pemuzik grunge ni ,mereka semua berasal dari Melaka. Persembahan mereka pada kali ini boleh dikatakan bagus, sound yang agak baik. Aku tak dapat mengulas lebih lanjut band ini disebabkan aku ke tingkat bawah untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku.
Setelah sahaja Moody Of Minds menamatkan persembahan Battlegrounds pula mengambil alih pentas. Band yang berasal dari segamat ini khabarnya kini telah mempunyai bassist tetap, tetapi drummer jer yang masih menggunakan sessionist. Walaupun menggunakan sessionist , persembahan battlegrounds jangan dipertikaikan. Persembahan mereka yang mantap diatas pentas , kedengaran pulak penonton bersama sama menyanyi sambil berdansa dan slam dancing, gig tersebut terasa seperti hidup semula. Minta maaf kepada angah kerana pihak kami hanya membenarkan membawa 4 lagu sahaja kerana ada event lain yang dijadualkan berlangsung pada jam 9malam Walaubagaimanapun persembahan Angah dan Battlegrounds memang patut dipuji thumbs up buat korang.
Oklah seterusnya adalah band Out Of Tune yang berasal dari Johor Baharu. Salah seorang line up Out Of Tune ini adalah penganjur gig ini iaitu Saudara Toobat.Walaupun mereka masih baru tetapi pujian harus diberikan kerana mereka tidak banyak membuang masa diatas pentas untuk setting sound. 5 lagu sendiri mereka bawa dan kesemuanya boleh tahan untuk didengari. Tetapi vocal kengkadang tidak jelas mungkin disebabkan mic yang ada lebihan cas elektrik.
Band seterusnya pula berasal dari Perak iaitu Miura.Semasa mereka setting sound kelihatan mereka mempunyai masalah pada efek gitaris mereka yang tidak berfungsi. Dalam 10 minit mereka cuba perbaiki masalah tersebut tetapi tidak juga berjaya, mereka tetap meneruskan persembahan pada hari itu dengan sound yang agak janggal. Sebuah persembahan yang agak baik walaupun lead gitar kadang kadang kelihatan kekok dengan sound mereka.
The Fridays band dari Klang Valley pula menaiki pentas dengan memakai gaun, dan ada yang memakai kasut sebelah dan selipar sebelah. Acap selaku vokalis band ini sepatutnya dipuji kerana shomanship nya yang baik diatas pentas.Mereka hanya menyampaikan 3 lagu sahaja pada kali ini disebabkan masa yang terhad.
Band terakhir membuat persembahan pada hari itu ialah Julie Loves Rolls, band ini berasal dari manjung Perak, berkonsepkan Free Pop. 4jejaka dan seorang gadis mewarnai akhir persembahan malam itu. Walaupun ramai crowd yang telah pulang tetapi semangat mereka tinggi, dan ada diantara crowd meminta mereka membawa satu lagu lagi sebgai lagu terakhir. Tahniah buat Julie Loves Rolls.
Gig melabuhkan tirai pada jam 9.38 malam.

Kesimpulan: gig pada hari itu berakhir dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang berlaku, semuanya berjaya diatasi. Ada segelintir Band-band masih mencari-cari setting sound walaupun sudah sound check sebelum gig bermula. (tips: sepatutnya semasa sesi soundcheck, sila catit apa yang perlu untuk mengelakkan membuang masa semasa naik kepentas untuk membuat persembahan.) .Sounds sebenarnye tak lah teruk pon..Cuma ada band yang soundnyer tidak seimbang, humming yang melampau, mungkin perasaan nervous tu dah atasi tumpuan. benda macam selalu berlaku. Crowd yg masuk masih tak sedar apa yg tertulis pada cop .Ramai crowd tidak redeem air mineral yang disediakan. Penonton seperti malu-malu dengan hanya duduk sahaja dan hanya kedepan apabila band-band memanggil mereka.Band bermain tidak lebih dari 5 lagu termasuk lagu cover.

Crew:
Toobat-Organiser
Andax-m/c ,
Man,Joy-Tiket ,
Is,Nazir-Redeem air.

-andax-