Civil Disorder

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. aku andax dari zine Rotten n Rebels.

First word dari korang…..

Waalaikummusalam, Apa khabar Rotten and Rebel 🙂

ceritakan serba sedikit latar belakang dan sejarah bagaimana tertubuhnya band ini.. dan kenapa korang memilih nama ni?

Latar belakang hmm…, Kami semua berasal dari Ampang, Band ini bermula hanya seorang iaitu saya (Aiman) masa itu saya main acoustic sahaja dan umur saya pada masa tu 14 tahun, tetapi kadang kala pergi jam sekali dengan Band bernama “The fridays”.

Kemudian pada tahun 2003 say jumpa drummer saya iaitu Khairul effendi, band ini kalau ikut balik di tubuh oleh 2 orang iaitu saya (Aiman) dan Khairul “Spanky” Effendi. Kemudian saya mengambil kawan baik saya bernama Amir dan mengajar dia bermain Bass, Kami semua bermula Aktif, Pada mulanya nama band kami adalah “Skeptic Satelite”, Lepas tu tukar jadi “Burning Spade”, fikir-fikir balik nama tak kene, jadi pada suatu hari ketika saya tengah main game “Civilization 3 ” terkeluar Nama “CIVIL Disorder” jadi kami pakailah nama itu ;). Kami memilih nama ini sebab Ia kene dengan jiwa kami, Kalau ikut balik Civil Disorder bermaksud Kehuruharaan Tamadun,.

materials yang korang pernah keluarkan..

Kitaorang Pernah Keluarkan Ep dan LP

1. IT’s A Warning EP (2003)

2. Yeah,Right,Whatever Ep(2004)

3. Stand,Together,Unite LP(2005)

4. 50 Years Of Promise Lies (2006)

Lp/Album, baru akan direcord pada bulan 6 ni, kami akan record material Lama dan Baru dengan Sound Quality yang lebih bagus :).

apakah aktiviti lain yang korang jalankan selain bermain muzik untuk scene ni?

Aktiviti pada masa tu banyak aktiviti sekolah hahaha :P, Tapi saya banyak pergi ke gig, distribute Demo kami, lepak dengan member, jamming, Tolong beri info pada budak-budak dekat sekolah tentang music Scene Kita di Malaysia dan perkara yang selalu budak sekolah buat HEHE XP.

kenapa korang memilih muzik ni sebagai pilihan?

Entahlah, Kamipun Sebenarnya tak tahu muzik genre apa yang kitaorang main, yang kitaorang tahu Style muzik yang kitaorang main best dan semua orang dalam band berkeja keras dan enjoy dalam main muzik yang dibuat. kalau ikut balik itulah yang patut ada dalam band, Kita Happy dan Enjoy dalam muzik yang kita buat dan harus mempunyai commitment 🙂

apakah pandangan korang mengenai gig² sekarang? dan mengapa ramai crowd lebih suka duduk, jika dibanding kan dahulu yang lebih suka suupport band² yang main walaupun band tu baru..

Well zaman sekarang dengan dulu lain, dulu kalau ikut balik di malaysia tak banyak band-band genre yang macam ni jadi ia unik, tapi sekarang pun kalau ikut balik banyak jugak tapi entahlah tak tahu apa nak cakap, Yang saya tahu Tujuan anda Semua datang ke gig adalah untuk enjoy dan have fun, kalau setakat duduk lebih baik beli Cd band-band yang main hari tu, pasang dekat rumah kuat-kuat, tambah kalau dekat rumah boleh duduk,makan, nak tidur pun boleh :P. Satu lagi gig sekarang banyak sangat band main kadang-kadang sampai 15 band, Jadi mungkin jugak Crowd pun boring atau letih itu pasal diaorang semua duduk.

bagaimanakah keadaan scene korang disana? ceritakan siket..

Scene kitaorang macam biasa, Sama je, Tapi dekat ampang ni banyak Budak -budak muda buat band jadi itu adalah satu kemajuan yang bagus, Banyak budak sekolah yang saya kenal rapat sudah mula cuba buat lagu sendiri, jadi itu adalah satu pencapaian yang tinggi dan ini menunjukkan Anak muda kitapun boleh maju dalam bidang muzik bukan pada masa mereka tua sahaja baru boleh buat

Etika d.i.y, adakah korang mengamalkannya sepenuhnya?

D.I.Y, boleh kata memang kitaorang guna, Sebab ia boleh membuat seseorang menjadi berdikari dan berdisiplin. Kalau ikut balik Semua Orang dalam Dunia ni guna D.I.Y tak kira bangsa apapun dia 🙂

 

apakah isi kandungan atau inti pati lirik lagu korang?

Kitaorang banyak tulis tentang Politic, kehidupan, tentang Remaja zaman sekarang, tentang keburukan Coperate media terhadap Kanak-kanak dan banyak lagi sebab lirik kami Open kepada semua benda.

adakah korang setuju jika aku mengatakan bahawa sekarang kekurangan releasan zine berbanding dahulu?

Yup, sekarang Zine memang kurang Tapi saya lihat dimana sudah beberapa distro telah start balik membuat zine. Saya Suggest kali ni tolong buat Zine dwi bahasa melayu/english sebab tak semua orang boleh baca english dan tak semua orang boleh baca melayu fluently.

bagaimanakah caranya nak menarik minat para undergrounders ni supaya kembali membaca zine? kerana sekarang semua lebih tertumpu dengan web zine atau e-zine.

kalau nak distribute zine jangan focus underground sahaja sebab kalau buat macam tu, benda ni tak akan maju dan tersebar. Cara paling bagus adalah distribute di gig,Concert kecik atau besar, try distribute luar Malaysia, dan kalau ada member sekolah lagi try suruh dia tolong jualkan Zine, kalau ikut balik webzine pun bagus sebab semua orang boleh baca tak kira dia dekat man 🙂

last words.. n cara nak contact korang?

Saya ingin berterima kasih kepada Rotten and Rebel Zine iaitu encik Andak, Band member saya Khairul “Spanky”, Adli “Otto”, Amir (ex bass Civil Disorder), Karl (Ex Bass Civil Disorder). Acap, Adib, Azim dan semua Line up “The Fridays”, Joe Kidd, Alak , Bullet, Fendi dari carburator dung, i-lan dan Ling (amy Yee!!), Budak sekolah SMK Bukit indah,Hulu Kelang, Dato Ahmad Razali, Ibu bapa kami, fellow supporter Dari Seluruh dunia, tanpa kamu semua siapalah Kami :), Raziq,Megat,Malik,Izat,Afiq dan semua orang flat 4m, Orang di Central Market YEAH!!!, Nikiee!!!!!.Stacey,dan akhir sekali tuhan yang maha Berkuasa lagi Maha mulia

Contact

http://www.myspace.com/civildisorder153

lord_diablo153@yahoo.com

no 107,block 7 pangsapuri PKNS,

Jalan 4m,

Ampang Jaya,

68000 Ampang,

Selangor

“HIDUP JANGAN JADI ROSAK!!!!!!” – AIMAN XP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: