Carburetor dung from rotten n rebels zine #1

Interview :

Carburetor dung from rotten n rebels zine #1

 

Rotten N Rebels: 1st words..

Joe Kidd (carburetor dung) :

-Apa cerita?

 

Rotten N Rebels: introduce kan siket perjalanan band/history..

Joe Kidd (carburetor dung) :

maka panjanglah jadinya alkisah ini sekira kami teruskan dengan jawapan yang ada. Oleh itu kami menjemput anda ke laman web kami disini:

http:/carburetordung.kerbau.com = disana ada pelbagai hikayat serta gurindam yang sedia menanti.. Terima Kasih..

 

Rotten N Rebels: boleh terangkan siket konsep muzik yang cuba korang pertengahkan dan kenapa?

Joe Kidd (carburetor dung) :

-kerja kerja menampal konsep-konsep sebegini adalah dari taktikkotor industri muzik sebenua yang inginmengotaak katikkan sifat sifat unik (serta tak unik) yang sedia terkandung didalam setiap pemuzik yang ada. Mereka proses menge-chop atau branding untuk mengumpulkan taring taring yang ada, supaya senang dijual serta senang diletak ke atas rak rak kedai mereka. Oleh itu kami cukup boringdengan ayat konsep. Kami tak ada konsep. Kami hanya buat muzik ikut suka hati kami. Itu sahaja.. kalau berdegil nakkonsep jugak, sila Tanya siti nurhaliza ya! Terima kasih.. (ed: baeklah nanti aku Tanya siti hehe)

 

Rotten N Rebels: Apakah perkembangan terbaaru carburetor dung sekarang ini?

Joe Kidd (carburetor dung) :

Paling baru.. kami cukup terkejut dengan adanya lebih kurang 30 lagu baru yang telah kami simpan. Kami baru sahaja berastaga di antara kami dan kini mulai tenang serta nekad untuk merakamkan 2 buah album secepat mungkin.. terima kasih..

 

Rotten N Rebels: Materials/ discography..??

Joe Kidd (carburetor dung) :

-sekali lagi, rasanya lebih afdal sekiranya para pembaca ke laman web kami. Jemput ke sana ya!

 

Rotten N Rebels: Pandangan korang tentang zine sekarang ini..

Joe Kidd (carburetor dung) :

-nampaknya zine tempatan sekarang, terutamanya yang berbau punk rock, tidak lagi memberi kepuasan serta pengetahuan penting seperti dulu. Malah bilangannya agak kurang jika dibandingkan era sekitar awal 90an pertengahan 90an. Nampaknya zine zine yang ada tidak bermaya untuk menendang serta membakaar intelek kita semua. Kebanyakannya tidak begitu cerdik, serta terlalu singkat pemikirannya. Begitulah apa yang kami nampak. Ianya cukup menyedihkan bagi pihak kami serta mengkhuatirkan kami tentang tahap kecerdasan otak punk punk senegara. Terima kasih..

 

Rotten N Rebels: Apakah pandangan korang tentang anarchy.. adakah korang mempercayai anarchy? Sesuai kah ianya di Malaysia?

Joe Kidd (carburetor dung) :

Kami rasa sebelum kita berbincang mengenai anarchy atau anarchism, kita perlu dalami dulu apa itu anarchy, apa itu anarchism, apa itu sosialisme, apa dia perbedaan diantara pelbagai isma skisma pemikiran serta pandangan politik yang ada.

Ianya bukan subjek mudah. Remeh temeh seperti apa yang kamu dengar dalam lagu the exploited dan sex pistols. Ianya tentang teori system social yang dicadangkan untuk menggantikan system yang ada.. yang dating hanya kebahagiaan orang ramai dengan pengambilan balik kuasa dari segala bentuk autoriti dan dikembalikan kepada para individu. Kami sukakan teori anarchisma, walaupun pada pandangan kami ada pelbagai caacat celanya tersendiri. Adakah sesuai dimalaysia? Mengapa tidak? Apa bezanya dengan Negara lain? Semuanya darah merahkan? Untuk pengetahuan baca disini:

http://en.wikipedia.org/wiki/anarchism

 

Rotten N Rebels: apakah pengertian punk pada korang sendiri sebenarnya?

Joe Kidd (carburetor dung) :

Peka , cerdik, berani melawan, berani bangun, berani kalah. Juga sentiasa belajar,sentiasa hidup, sentiasa tegar dengan idea idea baru untuk kebaikan sejagat. Yang penting tak bodo sombong, bukan pak turut nak jadi sid vicious! Sid vicious tu punk bodo namanya.. kalau dia tak bodo, dia tak jadi macam tu kan?

 

Rotten N Rebels: Bagaimanakah scene korang disana?

Joe Kidd (carburetor dung) :

Ok jek.. macam biasa.. ada yang kami suka, ada yang tak.. ada yang bagus, ada yang buruk .. terima kasih

 

Rotten N Rebels: Scene kita sekarang ni semakin berpecah belah dan berpuak puak.. pandangan korang?

Joe Kidd (carburetor dung) :

Perpecahan serta puak memuak ini adalah adapt resam rasmi sesuatu perkumpulan manusia. Antara sebabnya adalah perbedaan pendapat serta pandangan. Pada pandangan kami, ada baiknya ada buruknya. Yang penting pepecahan pendapat itu terlalu jauh serta berlanggar.

Sebagai contoh, cuba fikirkan scenario dimana ada dua puak didalam satu perkumpulan. Satunya berbentuk perkauman.. satu benci membenci serta menindaaas mereka yang tidak satu kaum dengan diri mereka. Kita panggil puak ini “rasis” la ye. Satu lagi puak kita panggil “anti rasis” ni mereka tidak memandang serta mengukur bangsa atau kaum lain. Mereka ini semua campur dengan semua jenis kulit tak kira bangsa ,kaum dll..

Kalau kita jenis yang bodo serta suka ikut ikut melulu tanpa otak sihat, kita akan terjerumus dalam sifat automatis sentiasa ulangkan slogan seperti “unite!” “bersatu”!! kalu kita cerdik, kita akan nampak bahwa mereka yang mempunyai pandangan yang bercanggah sememangnya tidak patut serta tidak boleh serta tidak akan “bersatu!”

Bagaimanakah kita nak bersatu apabila naluri kedua pihak itu berlawanan dengan yang lain? Kalau kita bersatu juga, itu bermaksud, yang tak rasis telah menerima idea mereka yang rasis, dan sebaliknya. Jadi dimana letak idea idea yang asal itu? Dilupakan semata untuk bersatu? Kalau begitu apa maknanya bersatu dan apakah kegunaan bersatu?

Kami rasa itu cukup mual!! Kita boleh bersatu apabila idea idea utama kami tidak jauh bercanggah,baik kami teruskan berlawanan. Itu lebih afdal serta lebih jujur..

 

Rotten N Rebels: Pada pendapat korang lah.. Apa itu ISA? Dan perlukah ianya wujud di Malaysia?

Joe Kidd (carburetor dung) :

ISA atau internal security act adalah satu perundangan yang melanggar hak hak asasi manusia. Ianya juga disertakan dengan pelbagai penderaan pada individu yang ditangkap.

Bagi kami disini, segala perundangan yang mengenepikan hak hak asasi manusia adalah perundangan yang zalim serta jahat! ISA perlu dibubar dengan segera!!

 

Rotten N Rebels: Bagi korang Gothic di Malaysia ni.. adakah ianya budaya ? muzik atau fashion semata mata?

Joe Kidd (carburetor dung) :

Lantak korang la! Hak masing masing..tapi bagi kami, cuaca kita ni agak mencaabar untuk budaya goth. Lainla klu kamu hidup dinegara sejuk.. bleh pakai trench coat siang malam.. goth pakai selipaar dan seeluar pendeek raasanya tak jadila..

 

Rotten N Rebels: Last words dari pihak carburetor dung untuk para pembaca semua…

Joe Kidd (carburetor dung) :

Bacalah kamu sebelum kamu dibacakan

Terima kasih..

http://carburetordung.kerbau.com

http://www.myspace.com/carburetordung

http:// ricecooker.kerbau.com

 

editor: -andax

Advertisements

One Response to “Carburetor dung from rotten n rebels zine #1”

  1. petualang Says:

    that’s great.. luv carburetor dung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: